Saekano BD Episode 00-07 Malay Sub


Sinopsis

Tomoya Aki, seorang otaku, gemar mengumpul anime dan novel ringan selama bertahun-tahun dan sangat sukakan watak dan jalan cerita di dalamnya. Sekarang, dia juga mahu berikan pengalaman yang sama kepada orang lain dengan membuat game yang baru, tetapi dia tak boleh buat tugas ini bersendirian.

Dia berjaya membawa masuk rakan kanak-kanaknya, Eriri Spencer untuk melukis dan juga seorang pakar sastera, Utaha Kasumigaoka untuk membuat jalan cerita. Tomoya Aki pula pengarah. Kumpulan teragungnya telah ditubuhkan dan dia hanya perlukan inspirasi untuk projeknya. Kemudian dia berjumpa dengan gadis cantik bernama Megumi Katou, yang kemudian dijadikan sebagai model watak.

Dengan ilmu yang ada, Tomoya Aki mencipta kumpulan doujin yang baru dengan harapan untuk menawan hati mereka di luar sana dengan game. Tetapi dia tak sedar, untuk sampaikan perasaan itu kepada mereka, dia perlu merasai sendiri perasaan itu di dalam kehidupan sebenarnya.

Info

  • Jenis: TV
  • Episod: 12
  • Status: Tamat Siaran
  • Tempoh Siaran: 16 Januari ~ 27 Mac 2015 (Musim Sejuk 2015)
  • Slot Tayangan: Jumaat, 12:50 pagi
  • Penerbit: Aniplex, Dentsu, Fuji TV,Half H.P Studio, Cospa, Fuji Pacific Music Publishing, Good Smile Company,Kyoraku Industrial Holdings, Kansai Telecasting, Fujimi Shobo
  • Studio: A-1 Pictures
  • Sumber: Novel ringan
  • Genre: Harem, Komedi, Romantik, Ecchi, Sekolah
  • Durasi: 23 minit / episod
  • Rating: 13 tahun ke atas

Leave a Reply