Lynk.MY Review Contest 2015

Lynk.MY

Hai semua! Apa khabar peminat TapawSub semua! Admin pada hari ini ingin mencuba nasib untuk mengambil bahagian dalam Lynk.MY Review Contest yang menawarkan hadiah  berjumlah RM4000 kepada para pemenang!!

1. Apakah itu Lynk.MY?

Lynk.MY ialah penyedia servis pemendek URL dan memberi bayaran kepada pengguna mengikut jumlah pelawat. Kadar yang ditetapkan merupakan yang tertinggi untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.

2. Apakah kaitan Lynk.MY dengan TapawSub?

Para admin dan translator di TapawSub banyak menggunakan khidmat Lynk.MY dalam memendekkan URL dan memberi bayaran kepada TapawSub bagi setiap kali pengunjung menonton/memuat turun sebarang kandungan daripada TapawSub. Pendek kata, jika anda melihat iklan selama 5 saat sebelum anda boleh “Skip Ad”, anda akan tolong menyumbang kepada TapawSub apabila anda klik pada link tersebut. (Jangan risau, anda tak dikenakan apa-apa caj!)

3. Jadi, apakah review TapawSub mengenai Lynk.MY setakat ini?

Pihak TapawSub sangat-sangat menyokong hasrat murni Lynk.MY dalam menyediakan khidmat pemendek URL dan bayaran iklan dalam usaha untuk memartabatkan lagi inisiatif usahawan berjaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika sebelum ini pihak TapawSub sukar untuk mendapatkan translator tambahan, kini kami tidak lagi bermasalah sedemikian kerana setiap translator boleh diberi bayaran melalui Lynk.MY.

4. Hadiah apa yang disediakan??

[27 Oktober hingga 27 Disember 2015]

Terdapat tiga kategori dan ketiga-tiga kategori ini mempunyai hadiah yang berbeza:

TOP lynkUNDI

  • Tempat Pertama – RM500
  • Tempat Kedua – RM300
  • Tempat Ketiga – RM100

TOP SEO

  • Tempat Pertama – RM500
  • Tempat Kedua – RM300
  • Tempat Ketiga – RM100

TOP CREATIVE

  • Tempat Pertama – RM1000
  • Tempat Kedua – RM500
  • Tempat Ketiga – RM200

Giveaway penyertaan  sponsored by ikedaikami)

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com

5. Apakah kategori yang TapawSub pertandingkan?

Pihak TapawSub ingin bertanding dalam semua kategori dan berhasrat merebut Tempat Pertama!! Teruskan menyokong kami dalam meneruskan khidmat menyediakan siri anime bersarikata Bahasa Melayu!

Sekian.

Yang benar,

Admin Dean AMX.