Koleksi Studio Ghibli Movie Malay Sub

Mahu tonton? Sila klik link dekat tajuk movienya…

GoogleDrive 720p

Nausicaä of the Valley of the Wind

1. Nausicaä of the Valley of the Wind (1984)

PG | 117 min | Animation, Adventure, Fantasy

Kredit subtitle: AzMi/asme

Ulasan/Sinopis: Cerita pasal perang antara binatang dengan manusia, asalnya perang antara negara.

Castle in the Sky

2. Castle in the Sky (1986)

PG | 125 min | Animation, Adventure, Drama

Kredit subtitle: AiDiLSKR

Ulasan/Sinopis: Cerita pasal mereka yang mencari satu istana melayang, alih-alih dikejar oleh kerajaan sebab MC pompuan tu dia ada satu benda kristal macam navigator untuk tunjuk kedudukan istana melayang tu.

My Neighbor Totoro

3. My Neighbor Totoro (1988)

G | 86 min | Animation, Family, Fantasy

Kredit subtitle: Shanzeaneyz

Ulasan/Sinopis: Layan pula kisah ringan bertema kehidupan. Ada dua beradik perempuan ni pindah ke luar bandar, diorang hidup seperti biasa, tapi ada kisah di tempat diorang tinggal, iaitu ada dewa penjaga.

Grave of the Fireflies

4. Grave of the Fireflies (1988)

Not Rated | 89 min | Animation, Drama, War

Kredit subtitle: SpartaEd

Ulasan/Sinopis: Yang ni xyah nak ulas sangat, antara paling sedih movie. MC semua mati. Bertema perang dan kesannya kepada kehidupan akibat peperangan. Kena sedia tisu gak sebelah.

Kiki's Delivery Service

5. Kiki’s Delivery Service (1989)

G | 103 min | Animation, Adventure, Drama

Kredit subtitle: asme

Ulasan/Sinopis: Cerita gadis sihir yang cuba untuk mencari matlamat hidup, kireanya dia kena buat latihan praktikal untuk lulus dengan mencari kerja yang sesuai baginya.

Only Yesterday

6. Only Yesterday (1991)

PG | 118 min | Animation, Drama, Romance

Kredit subtitle: SpartaEd

Ulasan/Sinopis: Yang ni pasal MC dia yang buat kerja di luar bandar. Kirenya dia buat kerja yang orang jarang buat dengan umur dia yang masih muda seperti menuai padi. Tapi ada kisah lain, flashback cerita kehidupan dia masa kecik-kecik.

Porco Rosso

7. Porco Rosso (1992)

PG | 94 min | Animation, Adventure, Comedy

Kredit subtitle: SpartaEd

Ulasan/Sinopis: Movie ni cerita pasal MC dia buat kerja dengan menangkap lanun, tapi MC dia ni pilot berbakat la. Asalnya dia manusia yang telah tukar penampilan nampak cam [email protected]!

Ocean Waves

8. Ocean Waves (1993 TV Movie)

PG-13 | 76 min | Animation, Drama, Romance

Kredit subtitle: SpartaEd

Ulasan/Sinopis: Yang ni pasal kehidupan remaja di sekolah, liku-liku sebagai kawan dan rintangan yang dihadapi.

Pom Poko

9. Pom Poko (1994)

PG | 119 min | Animation, Comedy, Drama

Kredit subtitle: SpartaEd

Ulasan/Sinopis: Yang ni mengenai kisah kehidupan rakun di mana mereka tertindas oleh manusia dek pembangunan dan hutan semakin berkurang. Mereka cuba sedaya upaya untuk memperjuang hak mereka untuk hidup. Macam2 diorang buat bagi menghentikan manusia mengambil tempat tinggal yang sekian lama mereka kecapi.

Whisper of the Heart

10. Whisper of the Heart (1995)

G | 111 min | Animation, Drama, Family

Kredit subtitle: [email protected]

Ulasan/Sinopis: Pasal budak pompuan yang suka membaca buku dan dia pada mulanya tak ada matlamat hidup. Lepas dia kenal sorang mamat ni, dia tahu matlamat dia, dan dia berusaha untuk mencapai matlamat bersama mamat tersebut.

Princess Mononoke

11. Princess Mononoke (1997)

PG-13 | 134 min | Animation, Adventure, Fantasy

Kredit subtitle: Asme

Ulasan/Sinopis: Movie ni mengenai perjuangan untuk membela hak-hak mereka. Asalnya ada seorang mamat ni dah kena curse then dia menjelajah tempat lain untuk mencari kesembuhan. Macam2 dia jumpa dan akhirnya dia terjumpa gadis yang bersama dengan serigala memperjuangkan tanah tempat tinggal mereka.

My Neighbors the Yamadas

12. My Neighbors the Yamadas (1999)

PG | 104 min | Animation, Comedy, Family

Kredit subtitle: robot_belang

Ulasan/Sinopis: Visual movie ni memang lain sikit, apapun cerita dia not bad, mengenai kehidupan ahli keluarga Yamada yang buat tak kering gusi. Lawak teruk.

Spirited Away

13. Spirited Away (2001)

PG | 125 min | Animation, Adventure, Family

Kredit subtitle: saiMAN

Ulasan/Sinopis: Yang ni pun movie boleh tahan antara carta teratas. Pasal MC dia tersesat pulak masuk dunia macam youkai, then dia terperangkap sbb nak selamatkan mak ayah dia.

The Cat Returns

14. The Cat Returns (2002)

G | 75 min | Animation, Adventure, Comedy

Kredit subtitle: Kuro

Ulasan/Sinopis: Pasal seorang MC ni baik menolong kucing, kucing tu pun tolong dia balik dengan tak disangka-sangka. masuk pulak ke isekai kucing, berubah la dia ke kucing. Apa yang berlaku seterusnya, tonton jelah.

Howl's Moving Castle

15. Howl’s Moving Castle (2004)

PG | 119 min | Animation, Adventure, Family

Kredit subtitle: NoiraX

Ulasan/Sinopis: Yang ni pasal seorang gadis muda tiba-tiba terlibat masalah, dia terkena sumpahan, maka rungsing la dia. Ringkasnya, dia bekerja di istana bergerak kepunyaan ahli magis terkuat.

Tales from Earthsea

16. Tales from Earthsea (2006)

PG-13 | 115 min | Animation, Adventure, Fantasy

Kredit subtitle: SpartaEd

Ulasan/Sinopis: Cerita pasal naga dan manusia, tapi tu nanti korang jumpa dekat2 nak ending movie. Mula cerita pasal budak lelaki yang putus asa dengan hidup, dia malas dah hidup sebab dia takut akan dirinya sendiri. Kenapa tu? Tonton jelah.

Ponyo

17. Ponyo (2008)

G | 101 min | Animation, Adventure, Comedy

Kredit subtitle: saiMAN

Ulasan/Sinopis: Yang ni pasal satu makhluk laut macam rupa ikan. Dia nak hidup dengan seorang budak lelaki, dia pun carilah kawan dia tu di darat, tapi sebab perbuatan dia itu, telah menyebabkan keseimbangan dunia terusik.

The Secret World of Arrietty

18. The Secret World of Arrietty (2010)

G | 94 min | Animation, Adventure, Family

Kredit subtitle: FAT3H

Ulasan/Sinopis: Cerita manusia kecil yang terahsia. Ringkasnya kewujudan manusia kecil ni sepatutnya tak diketahui manusia. Biasalah kalau manusia tahu, habislah nasib mereka manusia kecil.

From Up on Poppy Hill

19. From Up on Poppy Hill (2011)

PG | 91 min | Animation, Drama, Family

Kredit subtitle: asme

Ulasan/Sinopis: Mengenai kehidupan pelajar sekolah yang memperjuangkan hak mereka.

The Wind Rises

20. The Wind Rises (2013)

PG-13 | 126 min | Animation, Biography, Drama

Kredit subtitle: Fateh_subs

Ulasan/Sinopis: Cerita ni pun pada awalnya mengenai seorang lelaki yang berkecipung dalam kerjaya pereka pesawat untuk ketenteraan. Then last sekali tu, ada part sedih la pulak. Apakah cerita dia? Saksikanlah..

The Tale of The Princess Kaguya

21. The Tale of The Princess Kaguya (2013)

PG | 137 min | Animation, Adventure, Drama

Kredit subtitle: Cyberpapa

Ulasan/Sinopis: Yang ni antara best movie, macam cerita dongeng2 lama iaitu seorang lelaki tua telah menjumpai seorang bayi perempuan yang lahir dari rebung buluh. Pernah dengar tak? Cerita dia ni kirenya full versi dia dari kecik sampai akhir kehidupan dia di bumi!!

When Marnie Was There

22. When Marnie Was There (2014)

PG | 103 min | Animation, Drama, Family

Kredit subtitle: Fateh_Subs

Ulasan/Sinopis: Cerita pasal MC dia yang ada masalah. Masalah apa itu? Korang layan jelah, mula2 macam slow citer dia, lepas tu ada kejutan besar di akhir cerita.

Leave a Reply